#CERTOT : Ukhti, Tunggu aku dirumahmu!




"Hello, siapa ni?"
"Hello, eh, ini siapa? saya kawannya Ehsan. Awak siapa? Kenapa telefon Ehsan ada dengan awak?" Intan bertanya kembali.
"Saya Hanani, teman wanita Ehsan. Awak siapa? tadi kebetulan Ehsan tinggalkan telefon ini ke saya. Kenapa awak telefon dia?" tanya Hanani betubi-tubi.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Hanani, hati Afiqah remuk, benci dan sedih.

Dulu saat Afiqah masih di bangku sekolah menengah, kawan-kawannya sering menyindirnya kerana tidak mempunyai teman lelaki. Dia sering dikatakan ketinggalan zaman. Afiqah sudah serik diejek, dia bertekad untuk menerima mana-mana lelaki yang menyatakan perasaan kepadanya. 
Dan Ehsan adalah lelaki yang diterimanya yang jurang usia mereka adalah 6 tahun.

"Afiqah, saat aku melihatmu, aku mulai mencintaimu.Kau ibarat mentari yang menyinari hidupku.Sudikah awak menjadi teman wanita saya?" Ehsan berkata dengan penuh pengharapan setinggi gunung Tahan. 
"Ehsan, saya sudi jadi pengisi hati awak" Afiqah tersenyum manis bak madu diletak gula.

"Hello!"
"eh, Hello" Tersentak Afiqah dari lamunannya mendengar suara perempuan itu. Lalu kembali menumpukan perhatian pada perbualan mereka.

"Korang dah bercinta berapa lama?"
"Setengah tahun." jawab wanita itu singkat.

Disebabkan tidak mahu mendengar lagi suara perempuan itu, Afiqah terus menutup telefonnya dan tanpa disangka air matanya mulai membasahi pipi. Dia tidak pernah menyangka, lelaki yang dipercayai, dicintai, telah mempermainkannya.
"PAP!" Afiqah menghempaskan buku yang berada di genggamannya. 

Setelah hampir setengah jam Afiqah hanya mengurung dirinya di dalam bilik sendirian. Dia berfikir untuk menelefon Ehsan untuk membongkar segala rahsia. Dia terus menerus cuba untuk menghubungi lelaki itu. Tetai, sepertinya Ehsan sudah dapat menghidu perkara yg telah berlaku. Afiqah tidak berputus harapan. Dia cuba dan cuba. Sejurus kemudian, Ehsan mengangkat telefon.

"Hello, Ehsan?"
"Hello, ye sayang, Kenapa call malam-malam nih?"
Afiqah tidak dapat menahan kemarahnnya.
"Kau jahat! Kau penipu! Sampai hati kau." 
"Eh, saya jahat? Maksud awak apa?" Ehsan tidak mengerti.
"Aku tahu kau dah bercinta dengan orang lain. Mulai sekarang, jangan pernah kau hubungi aku lagi!"
Ehsan tidak mampu berkata apa-apa setelah Afiqah mengetahui segala-galanya. Dia menelan air liur. Terasa pahit.

Setelah hampir 2 minggu Afiqah terperuk di dalam biliknya. Dia mulai membuka hatinya untuk lelaki lain. Tanpa serik.

Afiqah mulai berkenalan dengan Adam. Awal pertama kali dia mengenal lelaki itu, saat dia dan teman-temannya keluar bersama. Setelah itu, Adan dan kawan-kawannya menghampiri Afiqah yang sedang asyik bersembang. Adam mengajaknya untuk berkenalan.

Dan sejujurnya, Adam telah mengungkap perasaannya. Tetapi Afiqah masih belum mempunyai perasaan yang sama kecuali dengan salah seorang kawannya yang bernama Alif.

"Afiqah, saya sayang awak. sudikah awak jadi teman wanita saya?" Adam tersenyum manis dengan lesung pipit yang menggoda itu.
"Maaf, saya tidak boleh menjawab sekarang." Afiqah tersenyum paksa.
"Tidak mengapa, saya faham. Saya sanggup menunggu awak!"

(bersambung) 
 

No comments: