Ya Allah, kenapa begitu cepat?





Sedar atau tidak, Bulan Ohsem a.k.a Bulan Ramadhan dah nak pergi!
Dia nak melabuhkan tirai dah :'( 



****

Ya Allah, kenapa begitu cepat? Diri ini masih tidak puas untuk menikmati kelazatan ramadhan ini.

Syaitan dah nak datang balik nih! apa persiapan kita nak banteras Syaitan? dah cukup kuat IMAN kita? Memang rugilah kalau orang yang tidak diampuni dosanya, apabila ramadhan pergi meninggalkan dia. Na'uzubillah! Berdoalah agar tidak dimasukkan ke dalam golong tersebut. *muhasabah!*



****

*pung .. pang* .. bunyi mercun. pelik betul budak-budak zaman sekarang.Time 10 akhir ramadhan lah diorang start project! kesian makchek2 dekat masjid, tengah nak khusyuk solat, tetiba terkejut dengar mercun. Astaghfirullah!  


****

Catatan ini bertarikh 29 Ramadhan 1433H. Malam nih masjid ada buat takbir rumah-ke-rumah. InsyaAllah, rumah kitaorang salah satu sasaran mereka! Persiapan memang bagai nak rak lah~ sampai lupa yg kita masih dalam bulan ramadhan. Allahu! patutnya banyak baca quran, tapi sibuk dgn kemas rumah :( hurm.. 

****

Moga Eidulfitri ini, kita memakai Pakaian Taqwa yang BARU! :) InsyaAllah. Dalam seronok ber-silaturrahim, jangan lupa Allah! Moga Allah Redha :)


Wallahu'alam.



Bulan Ohsem!





Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Catatan ini bertarikh 23 Ramadhan 1433H. Agak terlambat untuk menulis tentang bulan yang sungguh ohsem dan sungguh super ini!
-------


Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan yg tidak terhingga kpda kita untuk menikmati bulan Ramadhan ini :) Syukur! Dan ucap setinggi-tinggi Alhamdulillah, sebab kita sudah melalui fasa yang ke-3 : Fasa Pembebasan dari Api Neraka. Syukur! Mesti semua orang dah tahu ttg ayat dekat atas tuh! Di sepanjang bulan OHSEM nih, kita digalakkan membaca ayat nih :) supaya Allah mengampunkan segala dosa-dosa kita. especially, dah masuk Fasa 3. harus banyak lagi amalkan ayat nih! tak salahkan baca ayat nih sambil tengok Facebook, Twitter ^^  Alhamdulillah Moga Allah Redha!
------


Ayuh! Ramadhan makin meninggalkan kita! Tingkatkan Amalan. dari BIASA jadi LUAR BIASA! yahoo! :) Raya adalah hari KEMENANGAN bagi yang betul-betul LAYAK! kalau setakat  tidur, tengok tv, main FB, dalam bulan yg sungguh super nih, adakah kita betul-betul LAYAK? Ayuh, Muhasabah!  *
fuhhh* bunyi idea pergi .. uhuk.

Wallahu'alam.