Change.

Aisyah dan Laila pergi ke pasar untuk beli makan malam. Mereka terserempak dengan Anis.

Aisyah:
Assalamualaikum Anis!

Anis:
Waalaikumussalam warahmatullah! Eh, korang rupanya. Let me guess, malam ni tak masak kan?

Laila:
Kitorang habis kelas lambat sikit la hari ni so rasa letih nak masak.

Aisyah:
Anis, aku nak top up stock kurma aku ni. Nak angkat 2 kilo.

Anis:
Baik bos! Jap ek. Mat, meh sini penimbang tu jap!

Anis bungkus 2 kilogram kurma untuk Aisyah. Aisyah hulurkan wang.


Laila:
Anis, aku ni mengidam nasi lemak la. Tapi tak jumpa-jumpa lagi ni.

Anis:
Ha, ko bernasib baik. Si Ahmad tu ada jual nasi lemak kat hujung sana tu.

Aisyah: Bila masa pulak Ahmad jadi penjual kat pasar malam ni?

Anis:
Dia tengah cuti sebenarnya. Baru balik dari Australia minggu lepas. Kalau tak silap aku, dia tengah tolong ayah Samad tu. Alang-alang nak isi masa, dapat la upah sikit.

Aisyah:
Cantek! Ko bertuah hari ni Laila. Hari tu aku nak masak nasi lemak ko mintak nasi goreng.

Laila:
Sori la Aisyah, nasi lemak ko pedas sangat la.

Aisyah:
Lembik la ko ni. OK la Anis, kitorang mintak diri dulu. Assalamualaikum!

Laila:
Assalamualaikum Anis!

Anis:
Waalaikumussalam warahmatullah! Kirim salam kat Ahmad ek.

Aisyah dan Laila berjalan menuju ke arah gerai di mana Ahmad sedang bekerja. Samad kelihatan sedang berehat dalam van di belakang gerai itu.


Laila:
Aisyah, aku segan la ngan Ahmad tu.

Aisyah:
Apsal plak ni?

Laila:
Ko tengok la aku ni, aku tak bertudung. Ahmad tu kan jenis yang baik orangnya. Ko takpe la, tudung labuh.

Aisyah:
Aik, tau pun segan. Ngan Allah tak segan plak ye?

Laila:
Weh, cheap shot nampak!

Aisyah:
Haha...aku teasing aja. Jangan risau la. Si Ahmad tu friendly orangnya. Rilek sudey! Persoalannya skang ialah: ko nak makan nasi lemak tak?

Laila:
Ala, mesti la aku nak.

Tiba-tiba ada orang panggil Aisyah.


Susan:
Aisyah!

Aisyah:
Eh Susan, long time no see! Laila, ko gi beli nasi lemak ko tu. Aku nak gi jumpa kawan jap.

Aisyah pergi berjumpa dengan rakannya. Laila pula berjalan perlahan-lahan menuju gerai nasi lemak Samad. Berat langkahnya kerana dirinya terasa janggal dengan rambut yang terdedah.


Laila:
Assalamualaikum!

Laila cuba untuk tidak bertentangan mata dengan Ahmad kerana segan. Dia menunggu-nunggu komen Ahmad tentang dirinya yang tidak bertudung itu.


Ahmad:
Waalaikumussalam warahmatullah! Macam kenal je, Laila kan?

Laila:
Iye.

Ahmad:
Lama tak jumpa. Apa khabar?

Laila:
Baik. Oh ye, Anis kirim salam.

Ahmad:
Waalaikumussalam warahmatullah. Ha Laila, sila la pilih nak nasi lemak yang mana satu.

Laila mengangkat sebungkus nasi lemak dan menghulurkannya kepada Ahmad. Ahmad meletakkannya dalam plastik. Dalam hati Laila, dia masih menunggu Ahmad untuk komen tentang auratnya. Laila menghulurkan wang.


Ahmad:
Terima kasih.

Laila beredar.


Ahmad:
Eh Laila, tunggu jap!

Laila terhenti. Hatinya berdebar-debar. Mungkin saat yang dia tunggu telah tiba.


Ahmad:
Tak nak change ke?

Mendengar kata-kata itu, Laila menjadi marah. Laila melangkah ke arah Ahmad.


Laila:
Eh, ikut suka la bila aku nak change! Aku tau la tudung tu wajib, aku pun belajar Pendidikan Islam jugak la!

Ahmad tergamam. Dengan rasa bersalah, dia menyusun kata-katanya dengan berhati-hati. Dengan lafaz Bismillah dalam hatinya dia berkata...


Ahmad:
[Nada lembut] Maafkan aku Laila. Maksud aku tadi ialah: ko nak duit baki (change) tak?

Laila:
...

Laila mengambil bakinya dan beredar.


Aisyah:
Dah dapat nasi lemak ko?

Laila:
Dah. Actually, aku dapat lebih dari tu.

----------


Aiman Azlan

Ramadhan Kareem.


asssalamualikum , Salam Ramadhan sumee !

harineh just nak ckap tulis untuk Ramadhan Tercinta :) semoga ramadhan tahun nie lebih BAEK daripada yang lepas. Hope dapat KHATAM quran pada bulan ramadhan al-mubarak nih . just nak share fadhilat Ramadhan .
  •    Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
  • Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
  •  Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
  •  Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

okeyhlah , klau RAJIN n nak tahu lebih lagi [TEKAN]