#CERTOT: Ukhti tunggu aku dirumahmu! (P2)



Saat mereka sedang terdiam memikirkan apa yang akan terjadi, kawan-kawan Adam menghampiri mereka dan berusaha untuk memancing Afiqah menerima Adam.

"Afiqah, terima sahajalah Adam. Kasihan dia." Ucap Alif sedang berkepit dengan teman wanitanya.
Kerana Afiqah tidak kuat melihat keakraban Alif dan teman wanitanya, dia terus bergegas beredar meninggalkan mereka.

"Awak mahu pergi mana?" tanya Adam bingung.
"Saya nak balik..." sambil berlari meredah hujan. Kecewa.
Adam dan kawannya hairan melihat gelagat Afiqah. Mereka melihat antara satu sama lain.
Pelik.

Saat Afiqah sampai ke rumahnya, dia terus masuk ke bilik dan merebahkan badan ke atas katil. Dengan perasaan kecewa.
"Kenapa mesti Adam? Aku tidak mempunyai perasaan terhadap dia.." Ucap Afiqah sambil menepuk bantalnya.

Ketika dia sedang melayani perasaannya di bilik, tiba-tiba ada orang mengetuk pintu.
"Afiqah! Aku Sarah. bukak pintu." terus mengetuk pintu itu.
"Sebentar Sarah." Afiqah menghapuskan air matanya dan berganjak dari tempat tidurnya membuka pintu.

Melihat tingkah laku Afiqah yang aneh, Sarah langsung mengangkat dagunya.
"Fiqah, kenapa menangis? Apa yang berlaku?"
"Sarah.." Sambil memeluk erat Sarah.
Sambil membelai rambut Afiqah, Sarah memujuk. 
"Awak kenapa? awak ada masalah? kongsilah bersama saya. Jangan pendam seorang diri. Nanti makan hati."  
"Alif sar. Alif." Sarah suka dipanggil Sar. Lebih mesra.
"Alif? siapa Alif?"
"Alif kawan saya. Dia bercinta dengan orang lain, padahal saya suka dengan dia. Kenaap mesti perempuan itu.." Afiqah terus menangis.
"Astaghfirullah, pasal lelaki itu sahaja awak jadi macamni. Ingat wahai fiqah, banyak lagi lelaki yang lebih baik dari dia. Sangat banyak. Awak janganlah terlalu risau dan sedih macamnih." Ucap Sarah sambil melemparkan senyum manis.

"Tapi sar, bukan itu sahaja.."
 "Ada apa lagi, si cantik?"
"Kawan Alif yang bernama Adam mengungkap perasaannya kepadaku. Apa yang harus aku lakukan? Aku tidak mempunyai apa-apa perasaan pun dengan dia." Afiqah bingung.
"Ouh. itu sahaja. Itu mudah!" Sarah mendapat idea.
"Awak cakap dengan dia yang awak tak bersedia lagi. begitu sahaja."
"Tapi sar, saya tidak mahu mengecewakannya." 
"Fiqah, dengar sini ya. Itu memang sudah risikonya. Dia harus menerima kalau dia ditolak dengan orang yang dia sayang, lagipun tidak semestinya orang yang mengungkapkan  perasaanya itu akan diterima terus oleh orang yang dia sayang. Ingat Fiqah, hanya hati yang boleh menetukan semuanya. Kalau memang hati awak berkata, awak harus menerima dia. Terimalah dia. Tetapi, jika hati awak mengatakan tidak. Jangan dipaksa."  
 Mendengar apa yang dikatan oleh Sarah, Afiqah terdiam seketika. Setelah sekian lama dia berfikir, Afiqah langsung mendapatkan jawapannya. Dia akan menerima Adam sebagai teman istimewanya. Afiqah terfikir, rasa itu pasti akan datang bila dia terus bersama Adam.


Tidak terasa. Sudah hampir seminggu Afiqah lupa untuk memberi Adam jawapannya. Saat dia sedang bingung dengan jawapan yang akan sampaikan kepada Adam. Tiba-tiba telefonnya berdering.

Disebabkan Afiqah tidak tahu itu nombor siapa, dia langsung mengangkat panggilan tersebut.
"Hello, siapa ini?" tanya Afiqah.
"Ini saya, Adam. Saya hanya ingin menagih jawapan. Apakah awak mahu jadi teman wanita saya?"
"gulp!" Afiqah menelan air liur mendengar nama itu.
"Iya, akan saya berikan jawapan kepada awak. Tapi nanti saat kamu datang ke tempat kita bertemu dahulu."
"Baiklah. Secepatnya saya akan kesana, dan kerana kebetulan sekarang malam minggu, saya akan datang ke tempat biasa awak dan kawan-kawan awak. " Ucap lelaki itu langsung mematikan telefonnya.

Setelah lima minit berlalu, dering SMS mulai berbunyi. Dengan cepat, Afiqah membaca isi SMS tersebut. Dan ternyata SMS itu dari Adam.

"Afiqah, saya harap awak mahu menerima diri ini untuk singgah di hati awak. Tetapi jika tidak, itu terserah awak. Kerana hanya awak yang berhak memberi jawapan."

Saat Afiqah selesai membaca mesej tersebut, dia terus memikirkan kembali jawapan yang akan diberi. Dan ketika malam sudah beranjak, dering SMS kembali terdengar.

"Afiqah, awak dimana. Saya sudah sampai di tempat biasa. By: Adam."
"Saya masih di rumah. Tunggu 15 minit lagi.." 

Ketika Afiqah sudah sampai di tempat biasa mereka. Adam terus menghampiri, lalu melemparkan senyum indah.

(bersambung)